Friday, August 13, 2010

SAPO BEROK TENGOH JALE WEH?

Sapo nok ngaku kalu dio berok tengoh jale weh? Gitu lah ogre tuo2 kato. Supo laa nge penulis “Kenapa saya dikaitkan dengan politik Pok Li?” supo ado bowoh tu.

Sapo nok ngaku kalu buleh pitis pok li pun. Sapo tau pok li wi ke dok ke demo? Buleh cakap belako hok ogre dok kelih tu awe weh. Sapo dok kenal demo, sapo dok kenal pok li kalu di tranung tu… supo joo… no fulus no talk weh…

Guano baru ngaku buto politik UMNO Dungun weh. Selamo kenin duk jajo ngato rite, “kawe masok belako denge politik Tranung… cerok mano kawe dok tahu, semuo dale poket kawe”.

Kalo demo hormati pendapat ogre lain, demo dok tulis ikut se awe… Caro deme tulis tu demo jo hok betol nyo.. ogre lain dok betol blako, ogre lain tadok ilmu blako, demo jo hebatnya.. Kalu demo hormati pendapat ogre jugok, demo dok payoh nok susoh2 nok groyat gitu… kalo gini maknonya dok ikhlas weh, atau kalo bo takat Jai kato ‘his cybertroopers’gitu, dok jadi kudis gata kalu demo dok betol gitu. Kecuali meme demo boleh gapo2 dari pok li kot… guano weh…

Kato ogre tuo2.. ‘tanpa angin, pokok tak kan bergoyang’…. ‘Siapa nak mengaku berak tengah jalan’… “Orang gila pun tak mengaku dia gila kecuali orang lain yang kata dia gila….”

Kalau orang gila tu mengaku dia gila, bermakna dia buat-buat gila sahaja.. Supo laa mace saing kito HAMbarua tu weh… buat-buat dok terimo apo2 dan buat2 dok ado hubunge apo2 denge pok li tu…

Hebat demo weh…


Kenapa saya dikaitkan dengan politik Pok Li?

Oleh Hambali Abdul Latiff

Saya tidak faham kenapa rakan saya di Berita Harian pada 1980-an, Jailani Harun (Jai) begitu marah dengan Datuk Rosli Mat Hassan (Pok Li Dungun) hingga mengaitkan saya yang katanya sebagai orang yang cuba mempertahankan Ketua Bahagian UMNO Dungun itu.

Untuk makluman Jai saya tidak ada kena mengena dengan Pok Li dan tidak rapat pun. Saya ‘buta’ tentang politik UMNO Dungun dan mengatakan saya sebagai ‘his cybertroopers’ adalah tidak benar sama sekali.

Satu sen pun duit Pok Li tidak jatuh ke tangan atau poket saya untuk saya bekerja keras mempertahankannya.

Bagaimanapun, terima kasih kerana memberikan saya gelaran ‘Dato’ walaupun hakikatnya saya tidaklah bergelar sedemikian. Kali pertama saya menerima gelaran percuma seperti ini ialah oleh akhbar New Straits Times sekitar 2001.

Kalau Jai marah atau rasa tidak senang dengan Pok Li, itu hak Jai. Saya tidak ada kena mengena.

Jika Jai mengatakan Pok Li adalah orang yang akan memusnahkan UMNO Terengganu atau akan menyebabkan UMNO kalah dalam pilihan raya umum akan datang, itu pendapatnya. Kalau UMNO kalah Jai betul dan kalau kekal berkuasa Jai salah.

Namun, pada saya bukan Pok Li penentu kemenangan UMNO Terengganu. Setiap ketua bahagian, ketua cawangan, ketua pemuda, ketua wanita ketua puteri dan seluruh ahli UMNO Terengganu sebenarnya yang bertanggungjawab.

Mungkin Pok Li berkuasa di Dungun tetapi tidak berkuasa di bahagian lain. Jadi, janganlah Jai main rembat sesuka hati.

Sekali lagi saya katakan, saya hormati pendapat Jai tetapi saya menentang sekeras-kerasnya mengaitkan saya dengan Pok Li.